Jika kita sedar bahawa kedewasaan
kita ini ini sebenarnya bermula daripada seorang anak kecil, maka kita juga
sepatutnya sedar bahawa potensi perniagaan kecil yang seseorang ceburi
berpotensi membesar menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.
Kita boleh memiliki bisnes yang besar
melalui perkembangan bisnes kecil yang kita miliki.Oleh itu, buat permulaannya
, mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang
mampu anda dijalankan sebagai asas jika berminat untuk menjadi usahawan
yang boleh berjaya.seterusnya klik
sini
JUTAWAN MALAYSIA : Datuk Haji Lambak
Mohamad..Pengasas Kicap Kipas Udang
Sejarah kejayaan kicap jenama kipas
udang bermula 25 tahun alalu apabila pengasanya Datuk Hj Lambak Mohamad memulakan
perniagaan beliau dengan menubuhkan Zara Foof Industries mengeluarkan kicap secara
kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya
disekitar banda Johor Baharu..
Keuntungan syarikat digunakan untuk perbelanjaan promosi termasuk promosi di tv serta penyelidikan dan pembangunan bagi menambahbaikkan kualiti produk beliau. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut yg terdapat pada penutup botol kicap tersebut yg semakin moden dan selamat.
Kini, jualan Kicap kipas udang berjumlah RM6Juta sebulan serta beliau telah kembangkan kepada kepelbagaian produk makanan seperti sos,kaya dan lain-lain lagi. Jenama kipas udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan Negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah RM82juta setahun, syarikat ini telah maju setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yg bernilai RM35juta di bandar perindustrian Larkin.
Adakah anda menduga, hanya menjual kicap..syarikat ini sekarang bernilai puluhan Jutaaan ringgit...bak kata perpatah “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan” dan “sedikit,sedikit, lama-lama jadi bukit” (rujukan : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-227661.html)
JUTAWAN MALAYSIA : Tuan Haji Mohamad
Tamin.. Pengasas Kicap Tamin
Sejarah Kicap
Tamin bermula apabila Tuan Haji Mohd
Tamin memulakan perniagaannya pada tahun 1951 di Batu Gajah, Perak dengan modal
permulaan RM10 sahaja.
Bekalan atau modal yang paling bernilai adalah keazaman dan ketelitian dalam menghasilkan produk oleh pengasas kicap ini iaitu Tuan Haji Mohd Tamin. Beliau sangat teliti dalam memastikan kualiti produk beliau terjamin. Ramuan dan adunan serta proses pembuatan kicap ini amat dijaga rapi oleh beliau.Hasil daripada kesungguhan beliau dalam menjaga kualiti produknya, ia mendapat tempat dihati suri rumah dan warga kampung sekitar. Kesetiaan pengguna kepada produk beliau amat kuat, sehingga ada anak-anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur tetap membawa kicap tamin sebagai bekal apabila pulang dari Kampung di sekitar Perak.

Daripada pengeluaran harian sebanyak 700 botol sehari, ia telah berkembang kepada pengeluaran mengjangkaui 80,000 botol sos dan kicap sehari. Syarikat beliau juga telah setapak kehadapan dalam bidang pengilangan dengan kemampuan membuka kilang moden di Batu gajah dan Kuala Kangsar dengan jumlah pekerja 250 orang.
Syarikat beliau juga telah mempelbagaikan pengeluaran produk kepada pelbagai jenis produk seperti sos cili,sos tomato,cuka,dan pelbagai jenis kicap. Produk-produk syarikat beliau juga berjaya menembusi pasaran Jepun,Uk,Arab dan Indonesia. Kejayaan Haji Mohd Tamin ini diteruskan oleh anak-anak beliau melalui syarikat Salmi Hj Tamin Sdn Bhd,Zamani Hj Tamin Sdn Bhd dan Maju Tamin Trading Sdn Bhd.
Semoga cerita kejayaan Haji Tamin yang memulakan perniagaan hanya dengan bermodalkan RM10 ini akan memberikan nafas baru kepada motivasi diri anda dalam mencapai matlamat anda bergelar Jutawan. (sumber: http://wanlegend.blogspot.my/2015/01/jutawan-kicap-tamin-malaysia.html)
KICAP JALEN
Sejarah awal Jalen Sdn. Bhd. bermula
pada November 1981 iaitu tarikh Jalil Enterprise ditubuhkan. Kegiatan utama
ketika itu hanyalah membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak.
Kesedaran dan keinginan untuk menghasilkan produk jenama sendiri timbul sebaik
sahaja kontraknya ditamatkan pada November 1986.
Jalen adalah jenama Masakan, Makanan, Minuman yang terdiri
daripada Kicap Manis, Kicap Lemak, Kicap Masin, Kicap Pekat, Sos Cili, Sos
Tomato, Sos Tiram, Cuka, Tauchu, Kordial Sirap, Kordial Oren, Kordial Barli,
Kordial Sarsi, Kordial Anggur, Kordial Mangga. Jalen adalah Jenama Islam yang
diusahakan oleh Syarikat Jalen Sdn. Bhd yang berpengkalan di Johor. Syarikat
Jalen Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Islam. (sumber: http://www.mukminbrands.com/tag/jalen-sdn-bhd/)
CERITA JUTAWAN TAUKE KICAP
Dokumentari tentang orang membina
empayer.yang menceritakan kisah Tauke
Kicap pernah disiarkan dalam RTM TV2.
Kisahnya, setiap hari keluarga cina ni membuat kicap dan taucu
dari kacang secara manual. Jadi cara mereka ni memang secara ortodok. Rupanya
dari keturunan atuk mereka sehinggalah sekarang mereka manjual kicap dari rumah
ke rumah dengan membawa 10 botol berjalan kaki.
Kalau kicap tersebut satu berharga RM1.90, 10 botol bermakna
dapat jualan RM19.00. Dari zaman atuk mereka sehinggalah generasi sekarang ni
mereka masih lagi berjalan kaki rumah ke rumah dengan jerit “Kicap…kicap…” (
dalam bahasa cina ).
Sunguh pun mereka buat cara lama tapi sebenarnya mereka dah ada
kilang proses kicap dan dua lori besar. Sebenarnya mereka dah kaya sebab dah
supply ke restoran-restoran kicap mereka setiap hari.
Kenapa mereka tetap berjalan kaki lagi walaupun dah ada lori
besar 2 biji dan kilang proses kicap. Katanya mereka buat begitu supaya
mengingat kembali kesusahan atuk mereka membina empayer kicap semasa mula-mula
dahulu.
Kalau kita nampak seorang cina jual kicap yang bawak 10 botol
jalan kaki , pasti kita tak sedar bahawa orang tu Jutawan kicap. (sumber : http://hadzrin.com/2011/01/biar-mulai-dengan-kecil-tetapi-boleh-kaya/)
PELAKON EZANY NIZARIF MENGELUAR KICAP
Pelakon dan selebriti Ezany Nizariff kini telah memiliki kilang kicap dengan pelaburan sebanyak RM800,000. Pada mulanya
beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih
beliau tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan.
Sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan
belacan di bawah jenamanya sendiri,Ezany.
Kini , jenama kicap dan belacan Ezany
telah diterima ramai dan anda boleh mendapatkannya di beberapa pasaraya utama seperti Giant,
Mydin dan Jaya Jusco.
Ezany juga menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.(sumber rujukan : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=532594)
Ezany juga menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.(sumber rujukan : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=532594)
Ezany Nizariff Sudah Ada Kilang Kicap, Belacan Sendiri )
BAGAIMANA MEMBUAT KICAP TULIN
Kicap tulen diperbuat daripada soya yang ditapai
atau diperam dengan koji. Koji atau nama lainya kulapuk adalah mikroorganisma
dengan istilah saintifiknya Aspergillus orizae. Koji juga dikenali sebagai
ragi. Tanpa kehadiran unsur penting daripada mikroorganisma ini, kicap tidak
akan terhasil.
Garam digunakan kerana
ia adalah sebatian yang selektif terhadap pertumbuhan mikrob. Hanya mikrob yang
dapat bertahan daripada garam yang dapat tumbuh dan hidup dalam larutan air
masin soya tersebut. Umumnya, terdapat banyak jenis ragi dan bakteria yang rintang
terhadap garam seperti Zygosaccharomyces dan Lactobacillus.
Mikrob-mikrob ini akan memecahkan protein menjadi asid amino dan komponen perasa lain serta mengahsilkan asid. Penapaian resebut hanya terjadi apabila kadar garan cukup tinggi, iaitu antara 15-20 peratus.
Tempe kacang soya ini akan direndam dengan larutan garam antara 10 hingga 15 minggu. Pada
Lazimnya gula meraj akan ditambah untuk diberi perisa manis kicap. Namun, banyak pengusaha kicap sekarang menambahkan monosodium glumatamat (MSG) untuk menyedapkan rasa. Apabila kicap siap dimasak, ditambah perisa, ditapis dan disejukkan barulah ia dibotolkan.
(sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=736084)

KICAP MURAHAN PENYEBAB KANSER
Sesetengah kicap yang berjenama murah ada juga yang
menggunakan protein soya yang dihidrolisis. Walaubagaimanapun, ia mempunyai
warna yang berbeza, iaitu lebih pucat seakan-akan karamel.
Kajian saintis daripada
Agensi Piawaian Makanan UK pada tahun 2001 pula menyatakan kebanyakan kicap
yang dihasilkan daripada kicap yang dihidrolisis, 22 peratus daripada sampelnya
mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Bahan yang dikenali
sebagai 3-MCPD, iaitu 3-monocloropropane-1,3-diol dikatakan melebihi daripada
tahap keselamatan yang ditetapkan oleh pihak Kesatuan Eropah. Oleh itu, bahan
yang terkandung dalam sos soya ini apabila melebihi tarikh luputnya boleh
memudaratkan kesihatan pengguna.
(sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=736084)
(sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=736084)
TONTONLAH VIDEO MEMBUAT KICAP TULIN
INGIN MENJADI USAHAWAN
KICAP
Kami mampu membimbing anda menjadi usahawan kicap
asli yang bermula dengan modal yang rendah. Walaupun proses membuat kicap
memerlukan masa 5 bulan sebagaimana tayangan video di atas, namun kami
mempunyai teknik membolehkan kicap dikeluarkan dalam masa yang singkat.
Masa diperlukan untuk pemeraman kayang soya bagi
dijadikan kicap ialah selama 5 bulan. Hasil pemeraman soya untuk dijadikan
kicap dinamakan "air miromi" yang seterusnya diproses menjadi kicap
asli samaada kicap masin, manis, pekat, cair dan sebagainya.
Untuk mengeluarkan kicap secara kos yang rendah,
anda tidak perlu memeram (fermentasi) kacang soya, sebaliknya terus membeli
"air miromi" yang telah diproses dan terus diproses menjadi kicap.
Kami akan mengajar anda teknik memasak kicap
daripada air miromi sehinggalah kepada teknik pembotolan dengan resepi yang
tidak perlu diubahsuai lagi. Resepi yang sama juga digunakan oleh syarikat
besar.Kami akan akan membantu anda mendapat bekalan "air miromi"
disamping bahan-bahan lain yang diperlukan dalam pembuatan dan pembotolan
kicap.
Disamping itu kami akan membimbing anda dari langkah permulaan yang diperlukan dalam menjadi usahwan kicap. Bermula dari keperluan memiliki sijil kursus pengendali makanan, mendaftar perniagaan, keperluan perundangan dalam Akta Makanan 1983, membuat ujian makmal, mendapatkan bar code dan mendaftar jenama produk anda.

Kepada belia dan siswazah lengkapkan diri dengan
pengtahuan teknikal mengeluarkan produk seperti produk kicap. Mulakan
perniagaan secara kecilan, kemudian pohonlah kemudahan dana yang sediakan untuk
mengembang perniagaan seperti dana-dana berikut:-
DANA BELIA 1MALAYSIA
Dana Belia 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang kepada anak muda atau golongan belia meningkatkan kreativiti dan potensi diri serta pada masa sama, berkongsi segala-galanya dengan masyarakat. dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia. Secara dasarnya, ia adalah satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia.
PERNIAGAAN
Dalam aspek perniagaan, Program Pembangunan Usahawan Muda (PPUM) adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenal pasti syarikat-Syarikat yang berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan (Business Opportunities) kepada para belia yang terlibat dengan program ini.

Syarikat-syarikat ini juga adalah
merupakan Syarikat Rakan Strategik kepada TEKUN Nasional yang terlibat dengan
Program Rakan Niaga serta Syarikat-Syarikat yang berpotensi dan kukuh yang akan
bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Menerusi Program ini, TEKUN Nasional
dengan kerjasama Syarikat-syarikat Rakan Strategik tersebut akan menyediakan
maklumat, peluang-peluang perniagaan, pinjaman modal, khidmat nasihat dan
bimbingan, sokongan perniagaan serta jaringan usahawan kepada para belia yang
menyertai program ini.
TEKUN Nasional juga akan bekerjasama
dengan pihak Kementerian Belia dan sukan bagi menjayakan program ini. Adalah
diharapkan semoga dengan pelaksanaan program ini maka lebih ramai golongan muda
serta para belia dan golongan siswazah terutamanya dapat mencebur diri dalam
bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan muda yang berpotensi dan
berjaya.
TABUNG EKONOMI BELIA
Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.

SKIM BELIA NIAGA-I
Sementara itu, Skim Belia Niaga-I (SBN) juga disediakan kepada golongan belia. Ia adalah satu program di mana Kementerian Belia & Sukan (KBS) menawarkan pinjaman melalui peruntukan Tabung Dana Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia kepada belia-belia yang berpotensi di dalam bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan terpillih. Tujuan pembiayaan adalah untuk modal kerja (membeli bahan mentah), pembelian peralatan perniagaan, aset tetap atau tapak perniagaan di kalangan golongan belia.

Kami boleh membantu mencapai impian anda melalui kursus dan bimbingan yang kami kendalikan.
Tempat Kursus :
WMK FOOD INDUSTRIES
Lot 14915 Taman Mengkuang Indah
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.
HUBUNGI : JIKA ANDA BERMINAT MENGIKUTI KURSUS ANDA
HUBUNGI : JIKA ANDA BERMINAT MENGIKUTI KURSUS ANDA
BOLEH HUBUNGI KAMI.
H/P : 013-9389712 (CALL/SMS/WHATAPPS)
WALAUBAGAIMANAPUN ANDA BOLEH MENGHADIRI KURSUS INI BILA-BILA
MASA YANG SESUAI DENGAN ANDA SEPERTI SYARAT-SYARAT BERIKUT :
1. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami.
2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam
3. Kelas di Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.
4. Dapat membuat tempahan awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi.
5. Yuran kelas individu RM 500.00
6. Peserta perseorangan dibenarkan membawa seorang pembantu, seperti ahli keluarga/kawan atau pekerja dengan bayaran tambahan RM 150.00 setiap tambahan penyertaan
Hubungi 013-9389712 untuk menetapkan masa.
Read more at
http://wmkfoodindustries.blogspot.my