Monday 21 September 2015

PERMULAAN SEORANG JUTAWAN

Jika kita sedar bahawa kedewasaan kita ini ini sebenarnya bermula daripada seorang anak kecil, maka kita juga sepatutnya sedar bahawa potensi perniagaan kecil yang  seseorang ceburi berpotensi membesar menjadi sebuah perniagaan yang besar dan hebat.
Kita boleh memiliki bisnes yang besar melalui perkembangan bisnes kecil yang kita miliki.Oleh itu, buat permulaannya , mari kita berikan tumpuan pada senarai idea perniagaan kecil di bawah yang mampu anda dijalankan sebagai asas jika berminat untuk menjadi usahawan  yang boleh berjaya.seterusnya klik sini

JUTAWAN MALAYSIA : Datuk Haji Lambak Mohamad..Pengasas Kicap Kipas Udang
Sejarah kejayaan kicap jenama kipas udang bermula 25 tahun alalu apabila pengasanya Datuk Hj Lambak Mohamad memulakan perniagaan beliau dengan menubuhkan Zara Foof Industries mengeluarkan kicap secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah kilang dan memasarkan jenamanya kicapnya disekitar banda Johor Baharu..

Image result for kicap
Bermula dengan modal RM40,000, beliau tidak menoleh kebelakang bagi memastikan jenama Kicap kipas udang diterima. Kini jenama ini telah meniti dibibir rakyat Malaysia. Kawalan mutu product yg baik serta komitmen pekerja-pekerja yang tinggi serta  sama-sama berkongsi visi yg sama, kini produk tersebut telah mencatat jualan bulanan sebanyak RM120,000.

Keuntungan syarikat digunakan untuk perbelanjaan  promosi termasuk promosi di tv serta penyelidikan dan pembangunan bagi menambahbaikkan kualiti produk beliau. Penambahbaikan juga dapat dilihat dari proses pembungkusan jenama kicap tersebut yg terdapat pada penutup botol kicap tersebut yg semakin moden dan selamat.

Kini, jualan  Kicap kipas udang berjumlah RM6Juta sebulan serta beliau telah kembangkan kepada kepelbagaian produk makanan seperti sos,kaya dan lain-lain lagi. Jenama kipas udang ini juga telah melangkau jauh ke Asia Barat dan Negara-negara Asean. Dengan jualan syarikat mencecah RM82juta setahun, syarikat ini telah maju setapak lagi dengan penubuhan bangunan syarikat yg bernilai RM35juta di bandar perindustrian Larkin.

Adakah anda menduga, hanya menjual kicap..syarikat ini sekarang bernilai puluhan Jutaaan ringgit...bak kata perpatah “dimana ada kemahuan, di situ ada jalan” dan “sedikit,sedikit, lama-lama jadi bukit” (rujukan : http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-227661.html)


JUTAWAN MALAYSIA : Tuan Haji Mohamad Tamin.. Pengasas Kicap Tamin
Sejarah Kicap Tamin bermula apabila  Tuan Haji Mohd Tamin memulakan perniagaannya pada tahun 1951 di Batu Gajah, Perak dengan modal permulaan RM10 sahaja.

Bekalan atau modal yang paling bernilai adalah keazaman dan ketelitian dalam menghasilkan produk oleh pengasas kicap ini iaitu Tuan Haji Mohd Tamin. Beliau sangat teliti dalam memastikan kualiti produk beliau terjamin. Ramuan dan adunan serta proses pembuatan kicap ini amat dijaga rapi oleh beliau.Hasil daripada kesungguhan beliau dalam menjaga kualiti produknya, ia mendapat tempat dihati suri rumah dan warga kampung sekitar. Kesetiaan pengguna kepada produk beliau amat kuat, sehingga ada anak-anak muda yang bekerja di Kuala Lumpur tetap membawa kicap tamin sebagai bekal apabila pulang dari Kampung di sekitar Perak.

Image result for kicap tamin


Daripada pengeluaran harian sebanyak 700 botol sehari, ia telah berkembang kepada pengeluaran mengjangkaui 80,000 botol sos dan kicap sehari. Syarikat beliau juga telah setapak kehadapan dalam bidang pengilangan dengan kemampuan membuka kilang moden di Batu gajah dan Kuala Kangsar dengan jumlah pekerja 250 orang.

Syarikat beliau juga telah mempelbagaikan pengeluaran produk kepada pelbagai jenis produk seperti sos cili,sos tomato,cuka,dan pelbagai jenis kicap. Produk-produk syarikat beliau juga berjaya menembusi pasaran Jepun,Uk,Arab dan Indonesia. Kejayaan Haji Mohd Tamin ini diteruskan oleh anak-anak beliau melalui syarikat Salmi Hj Tamin Sdn Bhd,Zamani Hj Tamin Sdn Bhd dan Maju Tamin Trading Sdn Bhd.

Semoga cerita kejayaan Haji Tamin yang memulakan perniagaan hanya dengan bermodalkan RM10 ini akan memberikan nafas baru kepada motivasi diri anda dalam mencapai matlamat anda bergelar Jutawan.
 (sumber: http://wanlegend.blogspot.my/2015/01/jutawan-kicap-tamin-malaysia.html)


KICAP JALEN
Sejarah awal Jalen Sdn. Bhd. bermula pada November 1981 iaitu tarikh Jalil Enterprise ditubuhkan. Kegiatan utama ketika itu hanyalah membekalkan kicap berjenama Habhal secara kontrak. Kesedaran dan keinginan untuk menghasilkan produk jenama sendiri timbul sebaik sahaja kontraknya ditamatkan pada November 1986.

Image result for kicap jalen


Jalen adalah jenama Masakan, Makanan, Minuman yang terdiri daripada Kicap Manis, Kicap Lemak, Kicap Masin, Kicap Pekat, Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, Cuka, Tauchu, Kordial Sirap, Kordial Oren, Kordial Barli, Kordial Sarsi, Kordial Anggur, Kordial Mangga. Jalen adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Jalen Sdn. Bhd yang berpengkalan di Johor. Syarikat Jalen Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Islam. (sumber: http://www.mukminbrands.com/tag/jalen-sdn-bhd/)

CERITA JUTAWAN TAUKE KICAP
Dokumentari tentang orang membina empayer.yang  menceritakan kisah Tauke Kicap pernah disiarkan dalam RTM TV2.
Kisahnya, setiap hari keluarga cina ni membuat kicap dan taucu dari kacang secara manual. Jadi cara mereka ni memang secara ortodok. Rupanya dari keturunan atuk mereka sehinggalah sekarang mereka manjual kicap dari rumah ke rumah dengan membawa 10 botol berjalan kaki.
Kalau kicap tersebut satu berharga RM1.90, 10 botol bermakna dapat jualan RM19.00. Dari zaman atuk mereka sehinggalah generasi sekarang ni mereka masih lagi berjalan kaki rumah ke rumah dengan jerit “Kicap…kicap…” ( dalam bahasa cina ).
Sunguh pun mereka buat cara lama tapi sebenarnya mereka dah ada kilang proses kicap dan dua lori besar. Sebenarnya mereka dah kaya sebab dah supply ke restoran-restoran kicap mereka setiap hari.
Kenapa mereka tetap berjalan kaki lagi walaupun dah ada lori besar 2 biji dan kilang proses kicap. Katanya mereka buat begitu supaya mengingat kembali kesusahan atuk mereka membina empayer kicap semasa mula-mula dahulu.
Kalau kita nampak seorang cina jual kicap yang bawak 10 botol jalan kaki , pasti kita tak sedar bahawa orang tu Jutawan kicap. (sumber : http://hadzrin.com/2011/01/biar-mulai-dengan-kecil-tetapi-boleh-kaya/)

PELAKON EZANY NIZARIF MENGELUAR KICAP
Pelakon dan selebriti Ezany Nizariff kini  telah memiliki kilang kicap dengan  pelaburan sebanyak RM800,000. Pada mulanya beliau menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dan bila ada wang lebih beliau tingkatkan kualiti produk yang dihasilkan.
Sepanjang empat tahun berniaga menjual kicap dan belacan di bawah jenamanya sendiri,Ezany.

beliau  bersyukur kerana perniagaan makanan itu membuahkan hasil yang agak memberangsangkan sehingga mampu membuka sendiri sebuah kilang kicap dan belacan di Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor.
Kini , jenama kicap dan belacan Ezany  telah diterima ramai dan anda boleh mendapatkannya  di beberapa pasaraya utama seperti Giant, Mydin dan Jaya Jusco.

Ezany juga  menyarankan agar para selebriti turut membuka perniagaan sebagai pendapatan sampingan masing-masing.
(sumber rujukan : http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=532594)
Ezany Nizariff Sudah Ada Kilang Kicap, Belacan Sendiri )

BAGAIMANA MEMBUAT KICAP TULIN
Kicap tulen diperbuat daripada soya yang ditapai atau diperam dengan koji. Koji atau nama lainya kulapuk adalah mikroorganisma dengan istilah saintifiknya Aspergillus orizae. Koji juga dikenali sebagai ragi. Tanpa kehadiran unsur penting daripada mikroorganisma ini, kicap tidak akan terhasil.
Garam digunakan kerana ia adalah sebatian yang selektif terhadap pertumbuhan mikrob. Hanya mikrob yang dapat bertahan daripada garam yang dapat tumbuh dan hidup dalam larutan air masin soya tersebut. Umumnya, terdapat banyak jenis ragi dan bakteria yang rintang terhadap garam seperti Zygosaccharomyces dan Lactobacillus.

Mikrob-mikrob ini akan memecahkan protein menjadi asid amino dan komponen perasa lain serta mengahsilkan asid. Penapaian resebut hanya terjadi apabila kadar garan cukup tinggi, iaitu antara 15-20 peratus.

Tempe kacang soya ini akan direndam dengan larutan garam antara 10 hingga 15 minggu. Pada
Lazimnya gula meraj akan ditambah untuk diberi perisa manis kicap. Namun, banyak pengusaha kicap sekarang menambahkan monosodium glumatamat (MSG) untuk menyedapkan rasa. Apabila kicap siap dimasak, ditambah perisa, ditapis dan disejukkan barulah ia dibotolkan.
(sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=736084)

KICAP MURAHAN PENYEBAB KANSER
Sesetengah kicap yang berjenama murah ada juga yang menggunakan protein soya yang dihidrolisis. Walaubagaimanapun, ia mempunyai warna yang berbeza, iaitu lebih pucat seakan-akan karamel.
Kajian saintis daripada Agensi Piawaian Makanan UK pada tahun 2001 pula menyatakan kebanyakan kicap yang dihasilkan daripada kicap yang dihidrolisis, 22 peratus daripada sampelnya mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser. Bahan yang dikenali sebagai 3-MCPD, iaitu 3-monocloropropane-1,3-diol dikatakan melebihi daripada tahap keselamatan yang ditetapkan oleh pihak Kesatuan Eropah. Oleh itu, bahan yang terkandung dalam sos soya ini apabila melebihi tarikh luputnya boleh memudaratkan kesihatan pengguna.
(sumber: http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=736084)

TONTONLAH VIDEO MEMBUAT KICAP TULIN



INGIN MENJADI USAHAWAN KICAP

Kami mampu membimbing anda menjadi usahawan kicap asli yang bermula dengan modal yang rendah. Walaupun proses membuat kicap memerlukan masa 5 bulan sebagaimana tayangan video di atas, namun kami mempunyai teknik membolehkan kicap dikeluarkan dalam masa yang singkat.

Masa diperlukan untuk pemeraman kayang soya bagi dijadikan kicap ialah selama 5 bulan. Hasil pemeraman soya untuk dijadikan kicap dinamakan "air miromi" yang seterusnya diproses menjadi kicap asli samaada kicap masin, manis, pekat, cair dan sebagainya.

Untuk mengeluarkan kicap secara kos yang rendah, anda tidak perlu memeram (fermentasi) kacang soya, sebaliknya terus membeli "air miromi" yang telah diproses dan terus diproses menjadi kicap.

Kami akan mengajar anda teknik memasak kicap daripada air miromi sehinggalah kepada teknik pembotolan dengan resepi yang tidak perlu diubahsuai lagi. Resepi yang sama juga digunakan oleh syarikat besar.Kami akan akan membantu anda mendapat bekalan "air miromi" disamping bahan-bahan lain yang diperlukan dalam pembuatan dan pembotolan kicap.

Disamping itu kami akan membimbing anda dari langkah permulaan yang diperlukan dalam menjadi usahwan kicap. Bermula dari keperluan memiliki sijil kursus pengendali makanan, mendaftar perniagaan, keperluan perundangan dalam Akta Makanan 1983, membuat ujian makmal, mendapatkan bar code dan mendaftar jenama produk anda.

Kepada belia dan siswazah lengkapkan diri dengan pengtahuan teknikal mengeluarkan produk seperti produk kicap. Mulakan perniagaan secara kecilan, kemudian pohonlah kemudahan dana yang sediakan untuk mengembang perniagaan seperti dana-dana berikut:-


DANA BELIA 1MALAYSIA

Dana Belia 1Malaysia yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi peluang kepada anak muda atau golongan belia meningkatkan kreativiti dan potensi diri serta pada masa sama, berkongsi segala-galanya dengan masyarakat. dana itu akan menjadi pemangkin kepada generasi muda untuk menunjukkan kualiti kepimpinan seawal mungkin selari dengan gagasan 1Malaysia. Secara dasarnya, ia adalah satu idea yang perlu kita lakukan sebagai insentif kepada belia menjalankan projek pilihan mereka selagi ia selari dengan tema nasional 1 Malaysia.

PERNIAGAAN

Dalam aspek perniagaan, Program Pembangunan Usahawan Muda (PPUM) adalah juga merupakan satu inisiatif strategik TEKUN Nasional untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai golongan muda serta belia untuk mencebur diri dalam bidang usaha niaga dan perniagaan. Bagi melaksanakan program ini dengan lebih tersusun dan berkesan, pihak TEKUN Nasional akan mengenal pasti syarikat-Syarikat yang berpotensi untuk menyediakan peluang-peluang perniagaan (Business Opportunities) kepada para belia yang terlibat dengan program ini.

Syarikat-syarikat ini juga adalah merupakan Syarikat Rakan Strategik kepada TEKUN Nasional yang terlibat dengan Program Rakan Niaga serta Syarikat-Syarikat yang berpotensi dan kukuh yang akan bertindak sebagai pembimbing dan mentor. Menerusi Program ini, TEKUN Nasional dengan kerjasama Syarikat-syarikat Rakan Strategik tersebut akan menyediakan maklumat, peluang-peluang perniagaan, pinjaman modal, khidmat nasihat dan bimbingan, sokongan perniagaan serta jaringan usahawan kepada para belia yang menyertai program ini.

TEKUN Nasional juga akan bekerjasama dengan pihak Kementerian Belia dan sukan bagi menjayakan program ini. Adalah diharapkan semoga dengan pelaksanaan program ini maka lebih ramai golongan muda serta para belia dan golongan siswazah terutamanya dapat mencebur diri dalam bidang perniagaan dan seterusnya menjadi usahawan muda yang berpotensi dan berjaya.

TABUNG EKONOMI BELIA

Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) di bawah Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Ekonomi Belia adalah merupakan tabung amanah yang diuruskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Ia bertujuan untuk memberi pinjaman perniagaan kepada golongan belia. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) berperanan menyediakan dana pinjaman dan melantik institusi kewangan sebagai pengurus dana yang bertanggungjawab untuk memproses, mengeluarkan dan mengutip balik bayaran pinjaman.

SKIM BELIA NIAGA-I

Sementara itu, Skim Belia Niaga-I (SBN) juga disediakan kepada golongan belia. Ia adalah satu program di mana Kementerian Belia & Sukan (KBS) menawarkan pinjaman melalui peruntukan Tabung Dana Kumpulan Wang Amanah Ekonomi Belia kepada belia-belia yang berpotensi di dalam bidang-bidang keusahawanan dan perniagaan terpillih. Tujuan pembiayaan adalah untuk modal kerja (membeli bahan mentah), pembelian peralatan perniagaan, aset tetap atau tapak perniagaan di kalangan golongan belia.



Kami boleh membantu mencapai impian anda melalui kursus dan bimbingan yang kami kendalikan.


Tempat Kursus : 
WMK FOOD INDUSTRIES
Lot 14915 Taman Mengkuang Indah
Tingkat Bawah, Kg. Padang Mengkuang
Bukit Payung, 21600 Marang
Terengganu.

HUBUNGI : JIKA ANDA BERMINAT MENGIKUTI KURSUS ANDA
BOLEH HUBUNGI KAMI.


H/P : 013-9389712 (CALL/SMS/WHATAPPS)

WALAUBAGAIMANAPUN ANDA BOLEH MENGHADIRI KURSUS INI BILA-BILA
MASA YANG SESUAI DENGAN ANDA SEPERTI SYARAT-SYARAT BERIKUT :

1. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti kelas secara perseorangan, kelas secara ekseklusif diadakan mengikut waktu dan masa yang sesuai dengan anda setelah mengatur dengan pengurusan kami.

2. Masa yang diperlukan untuk satu-satu kelas selama lebih kurang 4 jam

3. Kelas di  Marang, berdekatan dengan Bandaraya Kuala Terengganu.

4. Dapat membuat tempahan awal bagi memastikan waktu yang sesuai dengan anda dapat dipenuhi.

5. Yuran kelas individu RM 500.00

6. Peserta perseorangan dibenarkan membawa seorang pembantu, seperti ahli keluarga/kawan atau pekerja dengan bayaran tambahan RM 150.00 setiap tambahan penyertaan

Hubungi 013-9389712 untuk menetapkan masa.


Read more at 
http://wmkfoodindustries.blogspot.my